REBUT SAHAM AKHIRAT DAN PAHALA BERGANDA PADA BULAN RAMADHAN DENGAN BERINFAQ UNTUK PEMBINAAN MTSFAZ

RANCANGAN PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ ZAHRAH

Sejak 9 tahun MTSFAZ ditubuhkan, bilangan pelajar telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. MTSFAZ juga berbangga kerana telah berjaya mendapat prestasi 100% markah MUMTAZ dari Bahagian Naziran (2018).

MASANYA SUDAH TIBA. MTSFAZ BAKAL BEROPERASI DI KOMPLEKS BANGUNAN SENDIRI

Demi mengekalkan prestasi ini, MTSFAZ telah merancang pembelian tanah untuk membangunkan Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah. Bangunan baru ini bakal menempatkan fasiliti lengkap agar sesi pembelajaran menjadi lebih berkualiti kepada pelajar dan guru.

RM 1000000
Sasaran Kutipan
RM 0
Dana Terkumpul
RM 10000000
Masih Diperlukan

“sebaik-baik Infaq Adalah Infaq Dibulan Ramadhan..”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dan Sebijak-bijak Sedekah Adalah Pada Sedekah Jariah Iaitu Sedekah Yang Pahalanya Berterusan Selepas Mati.

MENGENAI KAMI

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah (MTSFAZ) adalah sebuah pusat pendidikan bersepadu (integrated education center) yang telah ditubuhkan pada tahun 2011. Kami menekankan pendidikan secara holistik, seimbang & menyeluruh untuk melahirkan generasi khalifah penerus dakwah dan huffaz profesional.

Matlamat MTSFAZ adalah untuk melahirkan khalifah milenium yang kalis dakyah akhir zaman, seterusnya berkembang menjadi generasi pembela Islam yang berhikmah, selaras dengan tuntutan Al-Quran & sunnah Rasulullah s.a.w.

BANGUNAN LEBIH BESAR UNTUK LEBIH RAMAI PELAJAR DAPAT BELAJAR ILMU DUNIA DAN AKHIRAT UNTUK MENJADI KHALIFAH CONTOH DI MUKA BUMI INI

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah bakal didirikan di tanah seluas 3 ekar (Fasa 1). Kapasiti sekolah ini bakal menempatkan lebih 1,000 pelajar dan menyediakan kemudahan bersepadu dalam satu bumbung.

Tapak Bangunan

Proses pembelian tanah seluas 3 ekar (Fasa 1) bagi membina Kompleks MTSFAZ, bakal menelan kos sebanyak RM5juta.

Oleh itu, kami menyeru anda untuk bersama-sama menyumbang kepada infaq Kompleks MTSFAZ agar kami dapat terus melahirkan generasi khalifah penerus dakwah dan huffaz profesional

Kerana infaq anda penentu generasi khalifah akan datang.

Seluas 3 Ekar (Fasa 1)

1,000+ Bakal Pelajar​

Menelan Kos RM5juta​

SubhanAllah, besarnya ganjaran pahala untuk pemberi infaq bagi tujuan pembelajaran ilmu al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan ini. Semoga ia menjadi amal jariah yang berkekalan sehingga kita meninggal dunia dan seterusnya di akhirat kelak.

MAKLUM BALAS IBUBAPA PELAJAR MAAHAD
TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ-ZAHRAH

PELAN TAPAK PEMBINAAN MTSFAZ

INFAQ & SUMBANGAN

Antara amalan bagi meraih keuntungan pahala berganda di bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah terutamanya di bulan Ramadhan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan umat Islam menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahawa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadis:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”

(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan, insya-Allah. Lagi-lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini, inshaAllah kebaikannya berkali-kali ganda.


Salurkan sumbangan infaq ke Projek Infaq Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah melalui akaun:

No. Akaun: 5624 0560 7279
Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah

Infaq Secara Online

Sumbangan Bangunan MTSFAZ

RM31.50RM30,001.50

Clear
SKU: N/A Category:

Dapatkan 'Merchandise' eksklusif dari Muslim Legacy untuk infaq yang bernilai RM1,000 ke atas secara PERCUMA

Segala pembayaran zakat boleh dibuat dengan mengisi maklumat ketika membuat pembayaran online di atas dan wakil Penolong Amil MSTFAZ akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah,
No 19 A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

No.Tel : 03-6177 4315 / 019-666 6114
No. Fax : 03-6187 2673

Website : www.mtsfaz.edu.my

SOCIAL MEDIA

Hubungi Kami